Ustaz Ansori sedang memberi taklimat tentang Kursus Pengurusan Jenazah Peserta menyanyikan lagu tema "hari esok untuk Islam"
Hukuman kepada mereka yang lewat turun Solat Subuh.. Lari 3 round Padang bawa tali berat
Suasana Pagi yang tenang di Pondok Bustanul A'rifin"Zaman yang kita berada sekarang ialah Zaman Jahiliyah Moden" - Syed Qutb
Itukah ungkapan yang diungkapkan oleh Syed Qutb kepada kita.... Saya merasakan ungkapan yg bermakna ini mmg kena pada tempatnya. Cukuplah dengan bukti kajian saya di KEM BINA IMAN ini yang disertai oleh peserta 10 hingga 17 tahun ini seramai 147 peserta.... Di kendalikan oleh Fasilitator daripada golongan Mahasiswa dari pelbagai Universiti termasuklah saya Fakhrurrazi di bawah naungan Ustaz Ansori, Mudir di Pondok Bustanul A'rifin....
Kajian & Peratusan Masalah sosial peserta KEM BINA IMAN seramai 136 orang mengikut Kes2
PERATUS KES PESERTA
1 Mencuri 94.9%
2 Menonton VCD lucah 67.6%
3 Ponteng Sekolah 65.4%
4 Merokok 61.0%
5 Tinggi suara & Tengking Ibubapa 56.6%
6 Merempit 22.1%
7 Pukul atau Khianat Guru 19.9%
7 Berzina 19.9%
9 Terlibat geng2 gila (apache, black metal, skin
head & lain2) 18.4%
10 Berjudi1 7.6%
11 Minum Arak 15.4%
12 Merompak 12.5%
13 Makan Pil Khayal 4.4%
14 Pukul Ibubapa 3.7%
15 Hisap Dadah / Syabu 3.7%
16 Hisap Gam 3.7%
Peratusan di atas cukup menggambarkan betapa rosaknya manusia2
akhir zaman atau Zaman Jahiliyyah Moden.. Ini baru remaja. Belum Retua & sbgnye.
Moga2 kita dipelihara oleh Allah dari segala masalah2 atau Maksiat2 besar ini. Oleh itu sekali lagi saya menyeru kepada semua agen penggerak ummah iaitu pemuda2 Islam, marilah sama2 kita berkorban untuk turun ke padang Masyarakat Malaysia kita yang kini semakin rosak.. Ayuh Pemuda!!!!
Firman Allah :- "Bangkitlah, lalu berilah peringatan!" (74. Al Muddatstsir : 2)
wah.. ramainyer peseta
patutla sibuk je baru2 ni.
kesian la kene lari padang.
Kasi terjun dalam parit kat belakang pondok tu je
Sebenarnya itulah hakikat anak-anak muda sekarang.. semua orang yg sedar akan hakikat yg berlaku tuh patutnya mengambil iktibar atas apa yg terjadi dan berusaha untuk memperbaikinya.
aku benar2 ingin jd baik..
tp sgt sukar..
aku x mahu jd manusia jahilliah moden..