Bulan zulhijjah menjelang lagi. Kita biasanya sinonimkan bulan ini Bulan Raya Haji atau Hari Korban. Walaubagaimanapun, jauh di sana terukir sebuah pengorbanan yang tiada taranya oleh dua orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menyampaikan kalamullah kepada seluruh umatnya. Beliau ialah Nabi Ibrahim & anaknya yang tercinta Nabi Ismail yang diuji oleh Allah dalam peristiwa penyembelihan terhadap Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim. Beratnya penanggungan jiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s ketika diperintah melakukan penyembelihan.
Tiada bandingan dgn pengorbanan penyembelihan haiwan ternakan. Malah habuan segera diberikan Allah SWT dengan memakan daging korban tersebut. Sedangkan Nabi Ibrahim bakal kehilangan anak tersayang. Tentu naluri kebapaan beliau tidak sanggup berpisah dengan anaknya. Namun rasa kehambaan penyerahan kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya. Sahabat2 yang saya kasihi sekalian, sebagai seorang mahasiswa Islam kisah ini dapat dijadikan sebagai batu loncatan dalam meneruskan kerja dakwah yang dihiasi ranjau & onak duri sebagai tanda belaian dari Allah. Dalam dairi hidup seorang mahasiswa tambahan sebagai seorang da’ie di kampus, bentuk pengorbanan bagaimanakah yang perlu kita lakukan?
Pertama: Pengorbanan harta benda
Apabila harta benda dikorbankan, berlaku kekurangan harta benda dan wang ringgit miliknya. Hingga diri dan keluarganya hidup di tahap paling sederhana. Tidak boleh mendakwa dirinya pejuang yang banyak berkorban andainya hidup semakin mewah, semakin senang dan harta semakin bertimbun. Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a pernah ditanya apabila beliau mengorbankan semua hartanya ke jalan Allah, apa lagi yang tinggal untuknya? Beliau menjawab: "Allah dan Rasul!"
Kedua: Pengorbanan masaUntuk terbangunnya kejayaan umat, banyak masa perlu digunakan. Tidak boleh "part time" atau kalau ada masa baru hendak berjuang. Melainkan hilang segala masa relaks, masa santai dan privacy. Terlalu sempit ruang waktu untuk urusan peribadi dan keluarga. Sayidina Umar Ibnu Khattab pernah berkata: "Aku tidak dapat tidur di siang hari kerana bimbang urusan aku dengan rakyat tidak selesai, dan aku juga tidak dapat tidur di malam hari kerana bimbang kalau urusan aku dengan Tuhanku tidak selesai."
Ketiga: Pengorbanan tenaga
Diri sendiri itulah merupakan sumber tenaga untuk dikorbankan. Tenaga yang tercurah untuk perjuangan Islam itu tidak lagi dapat digunakan untuk menambah pendapatan atau mengumpul kekayaan. Penggunaan tenaga dalam menjayakan program2 juga tergolong dalam pengorbanan tenaga.
Keempat: Pengorbanan perasaan
Kedapatan juga umat yang mahu berkorban membangunkan Islam tetapi memilih dalam bentuk yang seronok, pujian dan sanjungan. Atau bentuk-bentuk yang tidak sampai menanggung derita jiwa kerana menghadapi tentangan. Apa jua jenis risiko yang bakal dihadapi akan diusahakan menghindarinya. Sedangkan memang menjadi sunnatullah para pejuang…
Kelima: Pengorbanan fikiran
Sayidina Umar Ibnu Khattab sangat dukacita andainya umat ini terdiri dari orang yang lemah mentalitinya walaupun bertaqwa. Anehnya kepintaran dan ketinggian mental umat Islam lebih banyak digunakan untuk membangunkan material. Umat perlukan mastermind yang mampu merancang, buah fikiran yang bernas, minda yang bersih. Kepintaran diperlukan untuk mengupas isi Al Quran dan mencapai ilmu Islam yang lainnya. Mahasiswa muslim yang pintar perlu berkorban demi kedaulatan Islam.
Keenam: Pengorbanan nyawa
Ini yang dilakukan oleh para sahabat. Milik manusia yang paling disayangi ialah nyawa. Para sahabat menukar ganti nyawa mereka demi untuk kemuliaan Islam kerana Allah SWT. Ada antara mahasiswa di luar sana sanggup mempertahankan hak Islam hingga terkorban seperti yg dilakukan oleh pemuda2 zaman Rasulullah S.A.W..
Kita tanyalah diri sendiri dan jawablah secara jujur. Adakah kita berkorban atau kitakah yang terkorban. Apa yang terkorban dalam hidup kita demi kepentingan Islam? Perlu lahir dari kalangan umat ini semangat pengorbanan yang dimiliki oleh Rasulullah dan para sahabat. Perlu ada di kalangan umat ini "figure" yang memiliki jiwa besar umpama Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Perlu ada golongan yang keluar merentasi desa, menyeberangi lautan, mendaki bukit bukau, mengharungi onak dan duri, berkelana di rimba, terbang ke tujuh benua demi membuktikan kecintaannya kepada agama Allah SWT mengatasi kecintaan kepada yang lain.