Bilakah Salahuddin Al-Ayyubi yang ke-2 Akan Muncul??!!!

JoM LIFe BerS@M@ RaZiBanNa

Gagasan Minda Razibanna

" SELAMAT HARI LAHIR KEPADA UMMIKU YANG TERCINTA " 24 Februari (",)
Allah selamatkan kamu ~ Allah selamatkan kamu ~ Allah selamatkan Ummi yang tercinta ~ Allah selamatkan kamu ~ ~
Selamat Hari Lahir anakanda ucapkan kepada ummiku yang tercinta...
Semoga panjang umur dengan keberkatan
&
murah rezeki halalalan Thoyyiban....
Semoga bahagia di samping Abuya..
Terima Kasih atas segala pengorbanan yang Ummi & Abuya curahkan
Mohon Jutaan Kemaafan dari Anakanda.... (",)
Moga sama2 kita sekeluarga dikurniakan mati Syahid & Berjaya Dunia & Akhirat
Ameen.......
10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang. 8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Bersamalah kita mengamalkannya....(",)
"Enti Sudi Jadi Isteri Kedua Ana??!!!"....

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah

dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak. "Tak. Maksud saya…" "Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar. "Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa. Dia

sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. "Ada

hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah. Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada

dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua. Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali

dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran

Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah. "Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu. "Sudi," jawab Nusaibah ringkas. "Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri. "Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu. "Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. "Baiklah," jawab Fikri tersenyum. Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya. "Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. "Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang

sangat teringin berjumpa dengan madunya. "Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum. "Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini. "Kita dah

sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta. "Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. "Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh

tenang. "Perjuangan, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!


JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN
ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI
KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH
UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI
BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI
MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG
PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL
DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH
BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG
DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…

BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

JOM BOIKOT Valentine's Day!!!!! - Hukum Di Sisi Islam Tentang Valentine's Day


1.
Jabatan Mufti Negeri Johor - Hari Valentine's Day ini telah dibentangkan dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005M. Setelah dilihat dengan teliti, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut " Amalan merayakan Hari Kekasi (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.

2.
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 (JAKIM) - pesidangan / Muzakarah telah diadakan pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram.

Hujjah:

1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;

2. mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;

3. kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam;

4. Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan

5. barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

6. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.

Firman-Nya yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32" Sebagai altenatifnya...Sekiranya seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, maka marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA

Sumber :Nurul Ain Latif, MAJALAH AL-ISLAM, Cetakan Februari 2009, Bil. 422.


http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KoleksiAt-Taqwa/At-Taqwa9/At-Taqwa9(12-13).pdf
Iklan EAC!!!! Sila baca... (",)


Assalamua'laikum...

- InsyaAllah EAC (Entertainment of muslim Art Club) akan menjalakan pelbagai program sem ni.. jd sahabat2 yg ingin tahu aktiviti2 eac sem ni boleh rujuk di bawah...

> HARKEP (hari kelab & persatuan)
> Members Meeting ( 15/2/09)
> Pertandingan Nasyid Peringkat UiTM @ Muslim Voice (tarikh belum ditentukan)
> Tayangan Amal
> Lawatan
> Seminar makanan Halalan Toyyiban...(HPA)

- jd sahabat UiTM jengka bolehlah dptkn maklumat lanjut pada poster2 EAC yg akan di tampal...
JOM BACA BUKU NI...!!!!!! :)
>Assalamu'alaikum... maaflah sebab lama x update blog. busy ngn persatuan kt kampus akhir2 ni.. hehe. (",)

>Pak Cik2, Mak Cik2, Abang2, Kakak2 dan Sahabat2 Sekalian.... Jom kita baca buku ni..
Banyak yg saya dapat belajar tentang TOKOH kesayangan saya AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA bagaimana beliau menguruskan keluarganya walaupun beliau sibuk dalam menguruskan IKHWAN MUSLIMIN (sebuah Gerakan Islam)...

> Saya syorkan terutama ibubapa tuk baca buku ni sebab ia mampu menunjukkan jalan pendidikan(Tarbiyah) yg berkesan tuk menangani anak2 & remaja2 yg x boleh dididik secara keras... Maklumlah, bebudak skang, tegur keras sket je dah lari rumah...


> So, Selamat Membaca.....(",)

Dunia Maya Ku.........................................(*tekan off dibawah jika nak off)


MyCartopia.com Click here to get one

Related Posts with Thumbnails
  • Baiti Jannati

    Baiti Jannati
    My Happy Family

    ~ Demi Masa ~

    ~ Hari-Hari Dalam Hidupku ~

    Terima Kasih Atas Kunjungan

    Jom Jadi Followers Saya (",)

    JOM !!!!! MELAWAT ZOO RAZIBANNA

    Selamat datang kepada semua pengunjung... Sila melawat zoo razibanna raudhah park dengan percuma... (",)

    ~ikan oh ikan~

    ~kura2 oh kura2~

    ~Penguin Oh Penguin~

    ~Spider oh spider~

    ~Hamster oh Hamster~

    ~katak oh katak~

    ~Pari oh Pari~

    Terima Kasih!!!! Sila Datang Lagi... (",)

    Jom Solat

    Jom Solat
    Solat mencegah dari melakukan kemungkaran

    Akademi Fisabilillah

    Akademi Fisabilillah
    ~ Mewarisi Perjuangan Rasulullah ~

    Jom Bantu Palestin!!

    Jom Bantu Palestin!!
    Bebaskan Al-Aqsa!!!

    Jom Perangi Yahudi

    Jom Perangi Yahudi
    " Khaibar khaibar Ya Yahud!!! Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud!!!"

    Jom Berjihad!!!

    Jom Berjihad!!!
    Jihad Paling Besar Adalah MENENTANG PEMIMPIN yang ZALIM

    Jom dzikir

    Jom dzikir
    Sesungguhnya dengan Mengingati Allah, Hati2 akan Menjadi tenang

    Jom Boikot Syaitan!!!

    Jom Boikot Syaitan!!!
    Sesungguhnya Syaitan Adalalah Musuh Yang Nyata

    Jom Ingat Mati

    Jom Ingat Mati
    Manusia yang Bijak Adalah Selalu Ingat Mati & Bersedia Menghadapinya

    Jom BerBaitul Muslim

    Jom BerBaitul Muslim
    "Lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang Solehah"

    Jom Jadi Generasi Al-Quran

    Jom Jadi Generasi Al-Quran
    Al-Quran akan menjadi peneman kita ketika di Barzakh

    Jom Berukhuwwah

    Jom Berukhuwwah
    ~ We Unite 4 Islam ~

    Jom Makan Makanan & Minuman Yang Halalan Thoyyiban

    Jom Makan Makanan & Minuman Yang Halalan Thoyyiban
    Mencari yang HALAL adalah Fardhu Bagi Muslim

    Jom Rapatkan Soff

    Jom Rapatkan Soff
    Hayati Surah Assof

    Jom Jauhi Dosa

    Jom Jauhi Dosa
    NERAKA adalah seburuk2 tempat kembali

    Jom Tutup Aurat

    Jom Tutup Aurat
    Nasi Lemak yang terbuka dihurung lalat dengan Nasi lemak yang tertutup Baik... NAk yang Mana!!?? Lu pikirlah sendiri..

    Jom Boikot Couple!!!

    Jom Boikot Couple!!!
    Indahnye Bercinta Selepas Nikah