Bilakah Salahuddin Al-Ayyubi yang ke-2 Akan Muncul??!!!

JoM LIFe BerS@M@ RaZiBanNa

Gagasan Minda Razibanna

JOM BANTAH SRD yang baru!!!!!! - Profesionalisme ATAU Sekularisme???!!!!
....Salam Revolusi...

Baru2 ini Kampus Khazanah Alam (UiTM Jengka Pahang) digemparkan dengan Pengumuman konsep Sahsiah Rupa Diri (SRD) yang baru....

Gambar di atas menunjukkan sahsiah rupa diri siswi yang baru...
Ke Arah Profesionalisme ATAU Sekularisme???!!
Saya cukup sedih dengan ape yang berlaku kerana UiTM ("Universiti Islam Teknologi Mara") adalah sebuah Universiti yang didiami oleh Majoriti Mahasiswa2 Islam Melayu.. Di manakah sensitiviti kita sebagai seorang MAHASISWA ISLAM dengan Isu yang berkaitan dengan Aurat seseorang Mahasiswi Muslimah itu sendiri????

Tumpuan kes ini adalah mahasiswi dibenarkan berlengan pendek ketika bersukan..

Firman Allah :-
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
(Al A'raaf : 26)

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya* ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al Ahzab : 59)
*Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.



Walaubagaimanapun Syukur kepada Allah kerana masih ada Mahasiswa Islam yang peka dengan masalah Ummat ini... Wakil Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2009 , wakil Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) 2009 & Kelab2 Islam UiTM Pahang telah bersama2 berarak secara aman ke Bangunan Hal Ehwal Pelajar untuk menyerahkan referandum kepada Pengarah UiTM Jengka Pahang bagi menyatakan Bantahan Rakyat Mahasiswa Kampus UiTM Pahang terhadap SRD yang baru....


Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menyerahkan Referandum Bantahan terhadap SRD yang baru kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang dengan selamat... Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Kampus UiTM Jengka kerana sudi melapangkan masa untuk mendengar rintihan kami. Semoga usaha yang tidak seberapa ini mendapat perhatian di peringkat Pentadbiran Kampus .. Wallahua'lam
AYUH MAHASISWA ISLAM KAMPUS KHAZANAH ALAM!!!!
BANTAH2!!! BANTAH SRD

"REVOLUSI KE ARAH QUDWAH HASANAH"
JOM Selamatkan Ummat!!! - Islam Liberal (Kerosakan Ummat makin parah..!!!!)
Salam ukhuwwah kepada sahabt2.. Ajaran sesat makin berleluasa.. Apakah kita hanya berdiam sahaja tanpa tindakan... Maklumat lanjut sila ke " http://suarajagat.wordpress.com "....


Fahaman Anti Hadith
a) Hanya menggunakan al-Qur’an sahaja.
b) Tidak mahu menerima hadith sebagai sumber perundangan Islam.
c) Mendakwa hadith perlu dinilai semula.
d) Banyak menggunakan logik akal.
e) Taasub kepada sesuatu pandangan.
f) Tidak mahu menerima pandangan orang lain.
g) Ejen: Jemaah Al-Qur’an Malaysia (JAM): Kassim Ahmad dan kumpulannya.

Senarai Ajaran Sesat.

a) Komunisme/Sekularisme/Orientalisme.
b) Ajaran Bahtera Nabi Nuh.
c) Ajaran Rasul Palsu Mariam.
d) Ajaran Ahmad Nakhoda.
e) Ajaran Ahmad Laksamana.
f) Ajaran Hj. Kahar.
g) Ajaran Bahai.
h) Ajaran Qadyani.
i) Ajaran Pemuda Al-Kahfi.
j) Ajaran Tok Garang.
k) Ajaran Zikir Laga Lutut; dan lain-lain.

JOM Ingat MATI"=Mengingati Mati Lahirkan Ketaqwaan="
Assalamu'alaikum & salam perjuangan kepada sahabat2 bakal2 JENAZAH sekalian.. Moga kita sama2 berada dalam rahmat & redha Allah.. Akhir2 ni, disekeliling ana kerap berlaku kes kematian.. Jadi ana mengajak bakal2 JENAZAH sekalian untuk kita sama2 Ingat kepada kematian & bersedia menghadapinya...

MATI adalah bercerai roh daripada badan, tetapi ia bukan satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia. Malah ia, sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan kekal abadi yang bermula daripada alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas daripada mati.

Firman Allah bermaksud : “Setiap yang bernyawa akan merasakan mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat.”
(Surah Ali Imran, ayat 185)

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh. Firman Allah bermaksud : “Apabila tiba maut ajal seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepatkan walaupun sesaat.” (Surah al-A’raaf, ayat 34)

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam takwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.

Firman Allah bermaksud : “Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Suraha an-Nisa’, ayat 78)

Bagaimana bergolak dalam pemikiran manusia, Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Ia sama ada

cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya. Mengingati mati berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati. Hal ini kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa atau tidak sabar atas penderitaan bukan sifat seorang Islam mukmin. Perbuatan itu ditegah oleh syarak (haram) kerana nekad sedemikian kadang kala boleh membawa pembunuhan diri.

Ada pun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan bersandarkan seperti doanya, bermaksud : "Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku." Dengan mengingati mati akan menimbul rasa takwa mendalam untuk menjunjung perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.Kita juga hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarga. Ia juga akan menimbulkan rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan. Selain itu, dengan mengingati mati akan lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredaan Allah.

"JOM PBC HPA" - Program yang BEST!!!
Baru2 ni ana terlibat dengan satu program untuk ahli2 HPA yang mendaftar. Program ni namanya PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang).. Bagi ana, x de lg program di bidang Ekonomi Islam yg seindah program ni.. Nak tahu kenapa????!!... Kita tenggu selepas gambar ni..


Gambar kenang kenangan peserta2 PBC HPA... Semoga ukhuwwah Fillah antara kita Manthop dalam JIHAD Ekonomi Islam...

Huhu.. Sambungan.... Program ni 2 hari 1 malam. Sepanjang program PBC ni, bukan sahaja kita mendapat Ilmu2 perniagaan & maklumat2 dari HPA malah pengisian yang amat amat amat amat berguna telah disediakan... Antaranya :
  • Program Ta'aruf
  • Solat Berjemaah
  • Kuliah Maghrib & Subuh
  • Rawatan Percuma
  • Demonstrasi bagaimana barangan2 & pemakanan harian kita yang mengandungi pelbagai bahan2 perosak.... (maggie, sabun mandi, sabun pakaian, ubat gigi,tepung, geletin & macam2 lagi barang2 yang penting dalam kehidupan seharian kita mengandungi bahan2 syubhah & perosak....
  • Qiamullail
  • Slot Muhasabah
  • Makan sodap.. hehe
Gambar kat atas ni adalah salah satu aktiviti dalam PBC tu. Slot tazkirah subuh yang disampaikan oleh Akhi kesayanganku Akhi Khairi...

"GEMPUR RADIX !!!!!!! InsyaAllah....."

~ Program Kepimpinan Bersama Adik2 Maahad Jengka ~
Salam ukhuwwah kepada sahabat2 Mujahid Cyber sekalian..(",)

10 - 12 April hari tu ana dijemput untuk menjadi fasilitator & penceramah untuk program kepimpinan Maahad Jengka....
"Pemuda hari ini pemimpin hari esok"

Firman Allah :
"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk." (Al-Kahfi: 13)


Ketika Kuliah dasar "Mehnah & Tribulasi" yg disampaikan oleh razibanna... (",)
*Kali pertama menyampaikan kuliah dasar.. Sila tunjuk ajar...huhu


Teruskan perjuangan wahai adik2 ku..

"Generasi pemuda kini memerlukan kepada kekuatan pentarbiahan yang berterusan bagi pemantapan aqidah, akhlak dan jiwa yang semakin taat kepada perintah Allah. Ertinya, sekira pemuda/di Islam tidak mengerti hakikat tarbiah dalam pengertian sebenar, maka natijah yang paling hampir kepada sebuah masyarakat itu, ialah menunggu saat kehancuran."


Terima Kasih kerana sudi menjemput kami untuk sama2 kita "MENULIS MANUSIA" (",)
"Yang Rindukan Syahid - Razibanna & Syukur...."


All The Best Final buat Sahabat2 ku - (",)






JOM “Radix Chicken House”



HPA baru mencuba untuk mewujudkan satu pengurusan kedai makan yang tidak menelan kos yang tinggi seperti RFC. Kita namakan kedai ini dengan “Radix Chicken House”. Kesemua produk HPA ada di dalam restoran ini seperti:-

1. ayam golek
2. ayam panggang
3. ayam goreng RFC
2. sate organik
3. Nasi ayam
4. ais krim
5. Nasi itik
6. jagung bakar
7. Jagung cup
8. pop corn
9. Semua jenis minuman HPA dan lain-lain lagi.
JOM Boikot April Fool !!!!!!! - Agenda Musuh Islam



APRIL FOOL!!!

Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1 hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’ menjadi begitu sibuk sekali.


Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.

Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam

kerana dipermain-mainkan.


Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala

lawak-lawak biasa atau ‘practical jokes’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu tragedy yang berlaku pada 1 hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, ‘Aku ceraikan kau dengan talak 3’ pada isterinya dengan niat untuk melawak.

Isterinya yang pada mulanya terping-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan ‘April Fool!!’. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Sejarah April Fool’s Day


Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa

ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,


Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati

dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu

penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristianmengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian

kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia sebagai April Fool’ day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita…


Ku Lihat Hijauuu..... (",)
Di Hutan Sri Gading, UiTM Jengka @ Kampus Khazanah Alam
Bertujuan menjalankang eksperimen kuadrat untuk Projek Biologi
Sungguh tenang & damai menghayati ciptaan Allah sambil menyaksikan kekuasaan Allah

Dunia Maya Ku.........................................(*tekan off dibawah jika nak off)


MyCartopia.com Click here to get one

Related Posts with Thumbnails
  • Baiti Jannati

    Baiti Jannati
    My Happy Family

    ~ Demi Masa ~

    ~ Hari-Hari Dalam Hidupku ~

    Terima Kasih Atas Kunjungan

    Jom Jadi Followers Saya (",)

    JOM !!!!! MELAWAT ZOO RAZIBANNA

    Selamat datang kepada semua pengunjung... Sila melawat zoo razibanna raudhah park dengan percuma... (",)

    ~ikan oh ikan~

    ~kura2 oh kura2~

    ~Penguin Oh Penguin~

    ~Spider oh spider~

    ~Hamster oh Hamster~

    ~katak oh katak~

    ~Pari oh Pari~

    Terima Kasih!!!! Sila Datang Lagi... (",)

    Jom Solat

    Jom Solat
    Solat mencegah dari melakukan kemungkaran

    Akademi Fisabilillah

    Akademi Fisabilillah
    ~ Mewarisi Perjuangan Rasulullah ~

    Jom Bantu Palestin!!

    Jom Bantu Palestin!!
    Bebaskan Al-Aqsa!!!

    Jom Perangi Yahudi

    Jom Perangi Yahudi
    " Khaibar khaibar Ya Yahud!!! Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud!!!"

    Jom Berjihad!!!

    Jom Berjihad!!!
    Jihad Paling Besar Adalah MENENTANG PEMIMPIN yang ZALIM

    Jom dzikir

    Jom dzikir
    Sesungguhnya dengan Mengingati Allah, Hati2 akan Menjadi tenang

    Jom Boikot Syaitan!!!

    Jom Boikot Syaitan!!!
    Sesungguhnya Syaitan Adalalah Musuh Yang Nyata

    Jom Ingat Mati

    Jom Ingat Mati
    Manusia yang Bijak Adalah Selalu Ingat Mati & Bersedia Menghadapinya

    Jom BerBaitul Muslim

    Jom BerBaitul Muslim
    "Lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang Solehah"

    Jom Jadi Generasi Al-Quran

    Jom Jadi Generasi Al-Quran
    Al-Quran akan menjadi peneman kita ketika di Barzakh

    Jom Berukhuwwah

    Jom Berukhuwwah
    ~ We Unite 4 Islam ~

    Jom Makan Makanan & Minuman Yang Halalan Thoyyiban

    Jom Makan Makanan & Minuman Yang Halalan Thoyyiban
    Mencari yang HALAL adalah Fardhu Bagi Muslim

    Jom Rapatkan Soff

    Jom Rapatkan Soff
    Hayati Surah Assof

    Jom Jauhi Dosa

    Jom Jauhi Dosa
    NERAKA adalah seburuk2 tempat kembali

    Jom Tutup Aurat

    Jom Tutup Aurat
    Nasi Lemak yang terbuka dihurung lalat dengan Nasi lemak yang tertutup Baik... NAk yang Mana!!?? Lu pikirlah sendiri..

    Jom Boikot Couple!!!

    Jom Boikot Couple!!!
    Indahnye Bercinta Selepas Nikah