Bilakah Salahuddin Al-Ayyubi yang ke-2 Akan Muncul??!!!

JoM LIFe BerS@M@ RaZiBanNa

Gagasan Minda Razibanna

Pra-Syarat Kebangkitan Pemuda - Pemudi Islam


Ketahuilah wahai para pemuda pemudi Islam, bahawa dalam sejarah kebangkitan bangsa-bangsa, pemuda pemudi selalu memiliki peranan yang besar dan strategik, kerana untuk menuju kebangkitan bangsa diperlukan daya kekuatan berupa keyakinan yang kuat, ketulusan, semangat yang jujur, kesungguhan dalam kerja dan pengorbanan.

Dalam hal ini pemuda - pemudilah yang berpotensi untuk itu, kerana pemuda adalah simbol hati yang masih jernih sehingga memiliki keyakinan dan iman yang kuat, kejujuran yang memungkinkan untuk memiliki ketulusan dan keikhlasan dalam b
eramal, serta semangat yang menggebu yang memungkinkan untuk beramal dengan sungguh-sungguh dan penuh dengan pengorbanan.

Firman Allah SWT :

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; ji
ka kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah m
erupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerak kerja Islam.

Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.

Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangka
t darjat ummah).

Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pert
olongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Syarat Pertama

Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.

Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.

Syarat Kedua


Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas d
akwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.

Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan. Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).

Syarat Ketiga

Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.

Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan A
l-Quran dan Al-Sunnah.

Syarat Keempat

Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.

Islam bukanlah merupakan ad-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin (golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).

Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dan ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.

Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.

Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda. Tanggungjawab berat yang dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).

Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah). (^_^)
Labels:
0 Responses

Dunia Maya Ku.........................................(*tekan off dibawah jika nak off)


MyCartopia.com Click here to get one

Related Posts with Thumbnails
  • Baiti Jannati

    Baiti Jannati
    My Happy Family

    ~ Demi Masa ~

    ~ Hari-Hari Dalam Hidupku ~

    Terima Kasih Atas Kunjungan

    Jom Jadi Followers Saya (",)

    JOM !!!!! MELAWAT ZOO RAZIBANNA

    Selamat datang kepada semua pengunjung... Sila melawat zoo razibanna raudhah park dengan percuma... (",)

    ~ikan oh ikan~

    ~kura2 oh kura2~

    ~Penguin Oh Penguin~

    ~Spider oh spider~

    ~Hamster oh Hamster~

    ~katak oh katak~

    ~Pari oh Pari~

    Terima Kasih!!!! Sila Datang Lagi... (",)

    Jom Solat

    Jom Solat
    Solat mencegah dari melakukan kemungkaran

    Akademi Fisabilillah

    Akademi Fisabilillah
    ~ Mewarisi Perjuangan Rasulullah ~

    Jom Bantu Palestin!!

    Jom Bantu Palestin!!
    Bebaskan Al-Aqsa!!!

    Jom Perangi Yahudi

    Jom Perangi Yahudi
    " Khaibar khaibar Ya Yahud!!! Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud!!!"

    Jom Berjihad!!!

    Jom Berjihad!!!
    Jihad Paling Besar Adalah MENENTANG PEMIMPIN yang ZALIM

    Jom dzikir

    Jom dzikir
    Sesungguhnya dengan Mengingati Allah, Hati2 akan Menjadi tenang

    Jom Boikot Syaitan!!!

    Jom Boikot Syaitan!!!
    Sesungguhnya Syaitan Adalalah Musuh Yang Nyata

    Jom Ingat Mati

    Jom Ingat Mati
    Manusia yang Bijak Adalah Selalu Ingat Mati & Bersedia Menghadapinya

    Jom BerBaitul Muslim

    Jom BerBaitul Muslim
    "Lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang Solehah"

    Jom Jadi Generasi Al-Quran

    Jom Jadi Generasi Al-Quran
    Al-Quran akan menjadi peneman kita ketika di Barzakh

    Jom Berukhuwwah

    Jom Berukhuwwah
    ~ We Unite 4 Islam ~

    Jom Makan Makanan & Minuman Yang Halalan Thoyyiban

    Jom Makan Makanan & Minuman Yang Halalan Thoyyiban
    Mencari yang HALAL adalah Fardhu Bagi Muslim

    Jom Rapatkan Soff

    Jom Rapatkan Soff
    Hayati Surah Assof

    Jom Jauhi Dosa

    Jom Jauhi Dosa
    NERAKA adalah seburuk2 tempat kembali

    Jom Tutup Aurat

    Jom Tutup Aurat
    Nasi Lemak yang terbuka dihurung lalat dengan Nasi lemak yang tertutup Baik... NAk yang Mana!!?? Lu pikirlah sendiri..

    Jom Boikot Couple!!!

    Jom Boikot Couple!!!
    Indahnye Bercinta Selepas Nikah