Bilakah Salahuddin Al-Ayyubi yang ke-2 Akan Muncul??!!!
JoM LIFe BerS@M@ RaZiBanNa
Gagasan Minda Razibanna
MATI adalah bercerai roh daripada badan, tetapi ia bukan satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia. Malah ia, sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan kekal abadi yang bermula daripada alam kubur.
(Surah Ali Imran, ayat 185)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam takwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
Firman Allah bermaksud : “Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Suraha an-Nisa’, ayat 78)
Bagaimana bergolak dalam pemikiran manusia, Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Ia sama ada
cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya. Mengingati mati berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati. Hal ini kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa atau tidak sabar atas penderitaan bukan sifat seorang Islam mukmin. Perbuatan itu ditegah oleh syarak (haram) kerana nekad sedemikian kadang kala boleh membawa pembunuhan diri.
Ada pun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan bersandarkan seperti doanya, bermaksud : "Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku." Dengan mengingati mati akan menimbul rasa takwa mendalam untuk menjunjung perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.Kita juga hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarga. Ia juga akan menimbulkan rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan. Selain itu, dengan mengingati mati akan lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredaan Allah.