Bilakah Salahuddin Al-Ayyubi yang ke-2 Akan Muncul??!!!

JoM LIFe BerS@M@ RaZiBanNa

Gagasan Minda Razibanna

~ Kisah Seorang Guru Tadika Dengan Budak Islamic Pintar ~

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya
tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu
ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin: cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada. (^_^)

~ Indahnya Bercinta Selepas kahwin??!!! ~
Salam... Bercinta selepas kahwin adalah salah satu prinsip hidup aku.. Moga Allah pilih aku terpelihara dari couple. Percayalah, bercinta selepas kawin adalah lebih manis.. huhu. Aku belum lalui lg. Tp setakat ni aku tengok sekelilingku, itulah yg lebih baik.. (",)

....La Tahzan = Jangan Bersedih....

  • Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
  • Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
  • Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas
  • Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri
  • Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa
  • Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
  • Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
  • Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
  • Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya
  • Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi (^_^ )
~ AKU PANDU KERETA~ (",)

Sahabat2.. Untuk pengetahuan, sebenarnya aku ni bukan reti lg bwk kereta.. Baru2 ni aku balik kampung nenek di Negeri 9. Dengan jasa baik pak cik aku (pak cik Kamarul), dia mempercayai aku untuk dijadikan keretanya sebagai kereta latihan tuk aku pandu. Syukran Pak Cik..Ape lagi, aku memberanikan diri tuk pandu kereta kancil ni.. Alhamdulllah aku berjaya. Aku pandu sejauh 5 km lebih walaupun aku baru nk blajar tukar2 gear.. Lepas ni sahabat2 UiTM x da can lg la nk perli2 aku. hahaha (gelak Chin Chan)..
{- JOM BACA SAHABAT2 KU !!! - Temuramah Eksklusif Bersama Isteri Asy-Syahid Dr. Aziz Rantisi -}
  • Anda sudah tahu akan syahidnya Dr Aziz Rantisi. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasya (Ummu Muhammad) . Mari sama-sama kita selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.
  • Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.
  • Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)
  • Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu’ terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakan kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).
  • Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan? maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasya (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.
  • Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?
  • Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya.
  • Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.
  • Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?
  • Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu.
  • Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
  • Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa?yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
  • Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.
  • Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?
  • Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon.
  • Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawaduk dan kepercayaan kepada diri.
  • Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?
  • Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.
  • Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?
  • Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. “Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu”. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu..
  • Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?
  • Sepanjang kehidupan beliau..Berjuang..Berjihad..lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid ,Penyuluh ke jalan Allah,samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.
  • Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?
  • Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu fadlun pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio Suara Aqsa pada waktu itu berkumandang azan Isya? kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid.
  • Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwuduk dan mendirikan solat Isyak. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..
  • Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?
  • Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya.
  • Setiap para syuhada? akan ada tanda-tanda kemuliaannya?maka apakah karamah Dr. Rantisi?
  • Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya?bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.
  • Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?
  • As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawaduk dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.
  • Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?
  • Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, ’Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku..’ kata beliau dalam keadaan tersenyum.
  • Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?
  • Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah..Tuhanku masukkan aku ke syurga..inilah kemuncak impianku..
  • Apakah cita-cita Dr. Rantisi?
  • Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.
  • Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?
  • Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.
  • Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?
  • Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :
  • Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya.. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.
  • Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?
  • Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya.. (al-Baqarah : 281)
  • Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: Pulanglah kepada panduan asal kamu, kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu, kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.
Lihatlah Dunia !!! - Aku Dapat Melawat Kilang2 HPA di Kedah & Perlis


Salam Ukhuwwah... Salam HPA!!! Kali ni entri saya mengisahkan sedikit pengalaman saya merantau ke KEDAH & PERLIS buat JULUNGKALINYA.. Namun bukan sahaja kali pertama ke sana, bahkan saya dapat melawat kilang2 & tempat2 menarik berkaitan HPA di sana... (",)

Gambar berikut menunjukkan saya berada di kilang Cola Radix bersama2 dua orang CEO kesayangan Akhi Khairi & Akhi Fikri..... Memang peramah pekerja2 kilang di situ... Nak tahu mengapa pekerja2 di situ baik2 belaka???!!! Kita sambung dibawah...

Gambar di atas ketika kami berada di kilang Pertama diwujudkan bg menghasilkan produk KOPI RADIX (mai Secawan!!)... Saya bersama2 serbuk2 kopi yang belum dicampur bersama kreamer. Kreamer KOPI RADIX bukan lah diekstrak dr susu haiwan tp susu kelapa sawit. Mesin disebelah saya tu lah yg mengisi semua serbuk2 kopi radix yg telah dicampur kedalam bungkusan KOPI RADIX...

Papan Iklan yg mengiklankan KOPI RADIX di KEDAH... Nak tahu kenapa pekerja2 kilang HPA ni baik2 belaka??? Inilah antara rahsianya :-
  • Sebelum memulakan kerja waktu pagi, semua pekerja diwajibkan solat Dhuha secara berjamaah.. Diikuti dengan membaca ma'thurat (Amalan Wirid Rasulullah yang disusun IMAM Hassan Al-Banna)..
  • Wajib menjaga kebersihan diri
  • Solat berjemaah setiap kali waktu solat.
  • Memakai pakaian yang menutup aurat (tudung labuh semua, sejuk mata memandang)
  • Setiap minggu akan di jemput ustaz untuk diberi tazkirah kepada pekerja2...

Haaaa!! jangan jeles kpd yg belum pernah merasa Ayam Goreng RFC.. Hmm sedapnye makan "ayam beriman" .. hehe. makan tanpa was-was. Punya lah ramai masa tu.. Antara yang saya beli ketika tu ialah :-
  • Radix Ayam Goreng RFC
  • Radix Ais Krim Thoyyibah
  • Radix Twister
  • Radix Fries & mcm2 lg.. hehe

Banyak lg sebenarnye yg x tercerita.. contohnye pegi Radix Chiken House, Kilang buat Ubat Kapsul, Kilang Kopi Radix Papan & sebagainya....


Sahabat2, ana doakan semoga sahabat juga dapat pergi... Apa yg menarik yang ana nk kongsikan kat sini ialah IMPIAN HPA untuk mewujudkan HPA TOWN!! Contoh yg sedang dibina adalah di Sungai Petani yang mempunyai banyak kedai2 HPA...
Moga perjuangan kita dalam JIHAD EKONOMI ini dapat keberkatan Allah. Ameen....

GEMPUR UIE!!!
GEMPUR RADIX!!! InsayaAllah....

Dunia Maya Ku.........................................(*tekan off dibawah jika nak off)


MyCartopia.com Click here to get one

Related Posts with Thumbnails
  • Baiti Jannati

    Baiti Jannati
    My Happy Family

    ~ Demi Masa ~

    ~ Hari-Hari Dalam Hidupku ~

    Terima Kasih Atas Kunjungan

    Jom Jadi Followers Saya (",)

    JOM !!!!! MELAWAT ZOO RAZIBANNA

    Selamat datang kepada semua pengunjung... Sila melawat zoo razibanna raudhah park dengan percuma... (",)

    ~ikan oh ikan~

    ~kura2 oh kura2~

    ~Penguin Oh Penguin~

    ~Spider oh spider~

    ~Hamster oh Hamster~

    ~katak oh katak~

    ~Pari oh Pari~

    Terima Kasih!!!! Sila Datang Lagi... (",)

    Jom Solat

    Jom Solat
    Solat mencegah dari melakukan kemungkaran

    Akademi Fisabilillah

    Akademi Fisabilillah
    ~ Mewarisi Perjuangan Rasulullah ~

    Jom Bantu Palestin!!

    Jom Bantu Palestin!!
    Bebaskan Al-Aqsa!!!

    Jom Perangi Yahudi

    Jom Perangi Yahudi
    " Khaibar khaibar Ya Yahud!!! Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud!!!"

    Jom Berjihad!!!

    Jom Berjihad!!!
    Jihad Paling Besar Adalah MENENTANG PEMIMPIN yang ZALIM

    Jom dzikir

    Jom dzikir
    Sesungguhnya dengan Mengingati Allah, Hati2 akan Menjadi tenang

    Jom Boikot Syaitan!!!

    Jom Boikot Syaitan!!!
    Sesungguhnya Syaitan Adalalah Musuh Yang Nyata

    Jom Ingat Mati

    Jom Ingat Mati
    Manusia yang Bijak Adalah Selalu Ingat Mati & Bersedia Menghadapinya

    Jom BerBaitul Muslim

    Jom BerBaitul Muslim
    "Lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang Solehah"

    Jom Jadi Generasi Al-Quran

    Jom Jadi Generasi Al-Quran
    Al-Quran akan menjadi peneman kita ketika di Barzakh

    Jom Berukhuwwah

    Jom Berukhuwwah
    ~ We Unite 4 Islam ~

    Jom Makan Makanan & Minuman Yang Halalan Thoyyiban

    Jom Makan Makanan & Minuman Yang Halalan Thoyyiban
    Mencari yang HALAL adalah Fardhu Bagi Muslim

    Jom Rapatkan Soff

    Jom Rapatkan Soff
    Hayati Surah Assof

    Jom Jauhi Dosa

    Jom Jauhi Dosa
    NERAKA adalah seburuk2 tempat kembali

    Jom Tutup Aurat

    Jom Tutup Aurat
    Nasi Lemak yang terbuka dihurung lalat dengan Nasi lemak yang tertutup Baik... NAk yang Mana!!?? Lu pikirlah sendiri..

    Jom Boikot Couple!!!

    Jom Boikot Couple!!!
    Indahnye Bercinta Selepas Nikah