
Bilakah Salahuddin Al-Ayyubi yang ke-2 Akan Muncul??!!!
JoM LIFe BerS@M@ RaZiBanNa
Gagasan Minda Razibanna


MAKAN time.. masa ni sakit jugak dibuatnye.. 6 org nk uruskan.. nk pakaikan baju lps mandi la, sikat & bedakkan, nak buat air , nk sapukan roti la, tambah2 berebut mengalahkan sahabt kita yg x dpt mkn kt GHAZA tu.. nasib la aku garang. diorg takut sket. ;).
Beginilah senario kanak2 kt Malaysia.. x sama macam adik2 kita kt GHAZA sana. .... Sekadar coretan yg x sebrapa sebelum aku berangkat pulang ke Jengka.. KENANGAN MASA CUTI MIDTERM..

Mungkin sudah tiba masanya tuk aku mulakan…. selepas beberapa hari aku mengalami peristiwa yang selari yang mendesak ku untuk mulakan azamku pada tahun ini. Apa2 pun aku syukur kpd Allah kerana memberi aku peluang untuk aku berfikir… Apa azam tersebut (‘.’)? huhu.. Ia adalah rahsia. Cuma aku mohon kepada sahabat yang sudi baca coretan dho’if ku ini untuk mendoakan supaya aku dapat istiqamah untuk laksanakan azamku ini. Ameen.



1) liqo’
2) muqobalah

· seorang lelaki kepada seorang wanita atau seorang wanita kepada seorang lelaki adalah tidak digalakkan..· seorang lelaki kepada jemaah wanita dibolehkan..


Jam 8.00mlm yang sunyi aku bertolak dari kolej siswa UiTM untuk ke Pasar Malam di Bandar Pusat Jengka.. Sesampai aku di destinasi, aku mendapat msg dari sahabat mengenai isu semasa Palestin.. Ya Allah.... Aku bersenang2 di Pasar malam sedangkan sahabat2 ku di Palestin sedang bermati - matian berjuang mempertahankan Bumi Al-Aqsha... dari semangat hendak membeli makanan terus jd x smangat.. So beli yg berkenan di hati je lah waktu tu.. tp itulah, bila dah berada tempat syaitan2 berkumpul ni, kita secara adabnya kena la jd org yg paling sekejap ada kat situ.. Takut2 nafsu menguasai diri.. Papepun ingatan sahabat2 di Palestin khususnya Ghaza ligat berpusing di fikiranku.
Tup tap tup tap aku dah beli bbrapa makann termasuk dngn makanan yg dikirim sahabat2 ku.. Sebelum berangkat pulang, sempat aku membaca akhbar2 yg ada di kedai berhampiran.. sakit kepala aku dibuatnya. Macam2 kes jenayah yg pelik2 berlaku kat Malaysia ni. Macam mana lah Allah nak berkat bumi Malaysia ni kalo "alat sulit palsu" pun oleh terjual di ibu kota. Allah... Kalo ikutkan Malaysia ni cukup syarat dah nak kena bala dengan Allah. Macam2 jenayah dah berlaku bahkan makin terukk...

Ya Allah, janganlah Engkau uji umat Islam di Malaysia ni seperti ko uji umat di Palestin. Engkau lebih mengetahui betapa lemahnya Iman umat2 Islam di Malaysia ni.. Tapi engkau kurniakanlah kekuatan kepada pejuang2 Islam di Malaysia ni yang satu hari nanti mampu membantu sahabat2 kami di bumi Palestin.. Moga2 kemenangan yang Engkau berikan kepada kami pada malam ni adalah permulaan bagi hancurnya kaum2 penentang Islam di Malaysia khususnya di seluruh dunia amnya...
Sedikit coretan yang dho'if untuk aku kongsikan bersama2 pembaca yang budiman. Doakanlah sahabat mu yang hina di sisi Allah ni kekal dalam perjuangan menegak Khilafah Islamiyah.. Ameennn......

Permasalahan berkenaan email tersebut sebenar dah bermula sejak tahun 2003 lagi. Pada masa tu, Marikh berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi setelah beberapa puluh ribu tahun (masa istiqbalnya). Ketika itu email tersebut menyatakan Marikh akan berhenti bergerak ke seketika pada 30 Jun ( sekitar tarikh posisi Istiqbal Marikh), dan kembali normal
selepas tarikh tersebut.
Kemudian tahun 2004, muncul lagi sekali email tu, tapi dengan tambahan sikit. Email tu tulis, fenomena itu berlaku hasil kajian NASA yang menghantar robot ekplosari Spirit dan Opportunity! Pulak dah...Kemudian tahun 2005 ni muncul lagi, Kita harus faham fakta sains secara jelas sebelum membuat sebarang rumusan dan menyebarkan berita ini kepada orang ramai, seterusnya memalukan umat Islam itu sendiri!Perkara pertama yang harus faham ialah berkenaan putaran paksi planet-planet. Semua planet (kecuali Zuhrah) berputar dari barat ke timur, ikut arah lawan jam jika dilihat dari kutub utara).
Disebabkan putaran atas paksi inilah, yang mennyebabkan semua objek di langit, bulan, bintang, matahari terbit di timur dan terbenam di barat. Cuma posisi terbenam matahari tidak semestinya tepat di barat, bergantung kepada kecondongan paksi sesebuah planet. Rujuk artikel yang cukup bagus dari laman web KUSZA yang bertajuk Arah Matahari Terbenam Vs Arah Kiblat
Putaran ini juga yang menghasilkan fenomena yang dipanggil siang dan malam!Perkara kedua ialah laluan planet-planet di orbitnya. Semua planet mengelilingi matahari di dalam orbit masing-masing pada jarak tertentu. Lebih dekat planet itu mengorbit matahari, lebih pantas ia bergerak di dalam orbitnya dan melengkapkan satu pusingan keliling matahari.
Pergerakan orbit ini tidak menyebabkan siang dan malam, ia cuma effect pada musim, dan perubahan posisi buruj-buruj di langit. Kita boleh bayangkan semua planet sedang berlumba di atas trek lumba lari 400 meter! Jika semua bermula serentak pada garis permulaan yang sama, planet yang paling ke-dalam akan menang dulu!Perkata ketiga ialah fenomena retrograde. Sebelum saya pergi jauh ke dalam lagi, ada satu fakta yang kita kena faham, objek-objek sistem suria kita, matahari, bulan dan planet, sebenarnya bergerak ke arah timur pada hampir sepanjang masa, relatif kepada kedudukan buruj-buruj di langit.
Ini bermakna, sebagai contohlah, hari ini jika kita pandang ke Timur dan melihat buruj Orion, dan kelihatan juga planet Zuhal berada di atas buruj Orion, beberapa bulan yang akan datang, jika kita pandang ke buruj Orion tersebut, kita akan dapat lihat Zuhal sudah bergerak dan berada di sebelah bawah Orion pula. Sama juga kes dengan Bulan, hari ini bulan sabit berada di barat, dalam masa 7 hari, bulan separuh dah berada tegak atas kepala, 7 hari lagi, bulan penuh dah berada di timur pulak! Itu jelas menunjukkan pergerakan timur relatif kepada bintang-bintang.Perkara ini adalah normal dan berlaku tiap-tiap hari, cuma kita perasan tak perasan je.Berbalik kepada fenomena retrograde, ia sebenar satu ilusi langit, yang mana planet-planet luaran (outer planets) spt Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto, yang apabila ketika normal bergerak arah timur (relatif kepada bintang) tiba-tiba kita nampak seperti ia semakin perlahan dan berhenti, kemudian bergerak ke barat (relatif kepada bintang) buat beberapa ketika, kemudian berhenti kembali, dan bergerak kembali ke arah timur (relatif kepada bintang).
Keseluruhan fenomena ini mengambil masa 2,3 bulan.Apakah yang sebenarnya berlaku?Cuba kita ambil kes Bumi dan Marikh. ketika ini Marikh berada jauh di hadapan kita di dalam orbitnya, Bumi sedang mengejar Marikh. Disebabkan Bumi mempunyai orbit ke-dalam dari Marikh, maka lambat laun Bumi akan berjaya memotong Marikh. Ketika ia hendak memotong, Marikh akan kelihatan seperti semakin perlahan, ketika ketika Bumi memotongnya, iaitu masa posisi Iqtisbal, Marikh akan kelihatan seperti tidak bergerak (berhenti), kemudian bila kita dah semakin jauh meninggalkan Marikh di belakang, ia akan bergerak normal kembali ke timur.Tak faham? Cuba tengok animasi di website dibawah:
http://www.astro.uiuc.edu/projects/data/Retrograde/
http://www.flex.com/~jai/astrology/retrograde.html
http://mars.jpl.nasa.gov/allabout/nightsky/nightsky04.html
Oleh itu, jelas isi email yang tersebar luas itu , mempunyai fakta-fakta salah yang dicampuradukkan!ayat "Most scientist state that all the planets will go through the same once at least and our planet Earth is one of them" adalah salah kerana fenomena retograde bagi Marikh berlaku hampir setiap 2 tahun, manakala bagi Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto berlaku setiap tahun! Dan jika kita berada di atas planet Zuhrah, kita akan dapat lihat Bumi pula yang mengalami fenomena yang sama!ayat "Planet Earth will move in the opposite direction some day and the sun will rise from the west" cukup mengelirukan kerana pergerakan planet di atas orbit tidak menghasikan fenomena terbit terbenamnya matahari. Putaran bumi atas paksilah yang menyebabkan ia berlaku demikian.Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, berita perihal matahari terbit di barat hasil fenomena retrograde ini , mempunyai fakta-fakta salah, mengelirukan.
Mungkin penulis asal email ini berniat baik untuk mengingatkan kita perihal tanda-tanda besar Kiamat, tetapi jika tujuan asal penulis ini adalah untuk mengelirukan umat Islam, dan menyebarkan berita-berita pelik tanpa asas kepada umat Islam, saya berpendapat penulis tersebut hampir berjaya, berdasarkan berapa ramai orang yang telah menerima dan menyebarkan email tersebut!Semoga penerangan ringkas ini dapat menejaskan segala kebuntuan dan kekeliruan di dalam diri kita. Sebar-sebarkan email ini bagi menangkis segala dakyah palsu yang telah tersebar luas.Segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri, yang Haq dan baik adalah kepunyaan Allah SWT semata-mata.Wallahualamwww.falak-online.net(data
