Bilakah Salahuddin Al-Ayyubi yang ke-2 Akan Muncul??!!!
JoM LIFe BerS@M@ RaZiBanNa
Gagasan Minda Razibanna
Baru2 ini Kampus Khazanah Alam (UiTM Jengka Pahang) digemparkan dengan Pengumuman konsep Sahsiah Rupa Diri (SRD) yang baru....
Ke Arah Profesionalisme ATAU Sekularisme???!!
Saya cukup sedih dengan ape yang berlaku kerana UiTM ("Universiti Islam Teknologi Mara") adalah sebuah Universiti yang didiami oleh Majoriti Mahasiswa2 Islam Melayu.. Di manakah sensitiviti kita sebagai seorang MAHASISWA ISLAM dengan Isu yang berkaitan dengan Aurat seseorang Mahasiswi Muslimah itu sendiri????
Tumpuan kes ini adalah mahasiswi dibenarkan berlengan pendek ketika bersukan..
Firman Allah :-
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
(Al A'raaf : 26)
(Al Ahzab : 59)
Walaubagaimanapun Syukur kepada Allah kerana masih ada Mahasiswa Islam yang peka dengan masalah Ummat ini... Wakil Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2009 , wakil Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) 2009 & Kelab2 Islam UiTM Pahang telah bersama2 berarak secara aman ke Bangunan Hal Ehwal Pelajar untuk menyerahkan referandum kepada Pengarah UiTM Jengka Pahang bagi menyatakan Bantahan Rakyat Mahasiswa Kampus UiTM Pahang terhadap SRD yang baru....
Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menyerahkan Referandum Bantahan terhadap SRD yang baru kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang dengan selamat... Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Kampus UiTM Jengka kerana sudi melapangkan masa untuk mendengar rintihan kami. Semoga usaha yang tidak seberapa ini mendapat perhatian di peringkat Pentadbiran Kampus .. Wallahua'lam
AYUH MAHASISWA ISLAM KAMPUS KHAZANAH ALAM!!!!
BANTAH2!!! BANTAH SRD
"REVOLUSI KE ARAH QUDWAH HASANAH"
Fahaman Anti Hadith
a) Hanya menggunakan al-Qur’an sahaja.
b) Tidak mahu menerima hadith sebagai sumber perundangan Islam.
c) Mendakwa hadith perlu dinilai semula.
d) Banyak menggunakan logik akal.
e) Taasub kepada sesuatu pandangan.
f) Tidak mahu menerima pandangan orang lain.
g) Ejen: Jemaah Al-Qur’an Malaysia (JAM): Kassim Ahmad dan kumpulannya.
Senarai Ajaran Sesat.
a) Komunisme/Sekularisme/Orientalisme.
b) Ajaran Bahtera Nabi Nuh.
c) Ajaran Rasul Palsu Mariam.
d) Ajaran Ahmad Nakhoda.
e) Ajaran Ahmad Laksamana.
f) Ajaran Hj. Kahar.
g) Ajaran Bahai.
h) Ajaran Qadyani.
i) Ajaran Pemuda Al-Kahfi.
j) Ajaran Tok Garang.
k) Ajaran Zikir Laga Lutut; dan lain-lain.
MATI adalah bercerai roh daripada badan, tetapi ia bukan satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia. Malah ia, sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan kekal abadi yang bermula daripada alam kubur.
(Surah Ali Imran, ayat 185)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam takwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
Firman Allah bermaksud : “Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Suraha an-Nisa’, ayat 78)
Bagaimana bergolak dalam pemikiran manusia, Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Ia sama ada
cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya. Mengingati mati berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati. Hal ini kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa atau tidak sabar atas penderitaan bukan sifat seorang Islam mukmin. Perbuatan itu ditegah oleh syarak (haram) kerana nekad sedemikian kadang kala boleh membawa pembunuhan diri.
Ada pun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan bersandarkan seperti doanya, bermaksud : "Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku." Dengan mengingati mati akan menimbul rasa takwa mendalam untuk menjunjung perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.Kita juga hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarga. Ia juga akan menimbulkan rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan. Selain itu, dengan mengingati mati akan lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredaan Allah.
Gambar kenang kenangan peserta2 PBC HPA... Semoga ukhuwwah Fillah antara kita Manthop dalam JIHAD Ekonomi Islam...
- Program Ta'aruf
- Solat Berjemaah
- Kuliah Maghrib & Subuh
- Rawatan Percuma
- Demonstrasi bagaimana barangan2 & pemakanan harian kita yang mengandungi pelbagai bahan2 perosak.... (maggie, sabun mandi, sabun pakaian, ubat gigi,tepung, geletin & macam2 lagi barang2 yang penting dalam kehidupan seharian kita mengandungi bahan2 syubhah & perosak....
- Qiamullail
- Slot Muhasabah
- Makan sodap.. hehe
10 - 12 April hari tu ana dijemput untuk menjadi fasilitator & penceramah untuk program kepimpinan Maahad Jengka....
Firman Allah :
"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk." (Al-Kahfi: 13)
Ketika Kuliah dasar "Mehnah & Tribulasi" yg disampaikan oleh razibanna... (",)
*Kali pertama menyampaikan kuliah dasar.. Sila tunjuk ajar...huhu
Teruskan perjuangan wahai adik2 ku..
"Generasi pemuda kini memerlukan kepada kekuatan pentarbiahan yang berterusan bagi pemantapan aqidah, akhlak dan jiwa yang semakin taat kepada perintah Allah. Ertinya, sekira pemuda/di Islam tidak mengerti hakikat tarbiah dalam pengertian sebenar, maka natijah yang paling hampir kepada sebuah masyarakat itu, ialah menunggu saat kehancuran."
"Yang Rindukan Syahid - Razibanna & Syukur...."
HPA baru mencuba untuk mewujudkan satu pengurusan kedai makan yang tidak menelan kos yang tinggi seperti RFC. Kita namakan kedai ini dengan “Radix Chicken House”. Kesemua produk HPA ada di dalam restoran ini seperti:-
1. ayam golek
2. ayam panggang
3. ayam goreng RFC
2. sate organik
3. Nasi ayam
4. ais krim
5. Nasi itik
6. jagung bakar
7. Jagung cup
8. pop corn
9. Semua jenis minuman HPA dan lain-lain lagi.
Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1 hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’ menjadi begitu sibuk sekali.
Kepala
Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam
kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala
lawak-lawak biasa atau ‘practical jokes’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.
Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu tragedy yang berlaku pada 1 hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, ‘Aku ceraikan kau dengan talak 3’ pada
Isterinya yang pada mulanya terping-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan ‘April Fool!!’. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa
ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di
Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati
dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristianmengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana
kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia sebagai April Fool’ day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita…