Planet Bumi & Marikh
Permasalahan berkenaan email tersebut sebenar dah bermula sejak tahun 2003 lagi. Pada masa tu, Marikh berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi setelah beberapa puluh ribu tahun (masa istiqbalnya). Ketika itu email tersebut menyatakan Marikh akan berhenti bergerak ke seketika pada 30 Jun ( sekitar tarikh posisi Istiqbal Marikh), dan kembali normal selepas tarikh tersebut.Kemudian tahun 2004, muncul lagi sekali email tu, tapi dengan tambahan sikit. Email tu tulis, fenomena itu berlaku hasil kajian NASA yang menghantar robot ekplosari Spirit dan Opportunity! Pulak dah...Kemudian tahun 2005 ni muncul lagi, Kita harus faham fakta sains secara jelas sebelum membuat sebarang rumusan dan menyebarkan berita ini kepada orang ramai, seterusnya memalukan umat Islam itu sendiri!Perkara pertama yang harus faham ialah berkenaan putaran paksi planet-planet. Semua planet (kecuali Zuhrah) berputar dari barat ke timur, ikut arah lawan jam jika dilihat dari kutub utara). Disebabkan putaran atas paksi inilah, yang mennyebabkan semua objek di langit, bulan, bintang, matahari terbit di timur dan terbenam di barat. Cuma posisi terbenam matahari tidak semestinya tepat di barat, bergantung kepada kecondongan paksi sesebuah planet. Rujuk artikel yang cukup bagus dari laman web KUSZA yang bertajuk Arah Matahari Terbenam Vs Arah KiblatPutaran ini juga yang menghasilkan fenomena yang dipanggil siang dan malam!Perkara kedua ialah laluan planet-planet di orbitnya. Semua planet mengelilingi matahari di dalam orbit masing-masing pada jarak tertentu. Lebih dekat planet itu mengorbit matahari, lebih pantas ia bergerak di dalam orbitnya dan melengkapkan satu pusingan keliling matahari. Pergerakan orbit ini tidak menyebabkan siang dan malam, ia cuma effect pada musim, dan perubahan posisi buruj-buruj di langit. Kita boleh bayangkan semua planet sedang berlumba di atas trek lumba lari 400 meter! Jika semua bermula serentak pada garis permulaan yang sama, planet yang paling ke-dalam akan menang dulu!Perkata ketiga ialah fenomena retrograde. Sebelum saya pergi jauh ke dalam lagi, ada satu fakta yang kita kena faham, objek-objek sistem suria kita, matahari, bulan dan planet, sebenarnya bergerak ke arah timur pada hampir sepanjang masa, relatif kepada kedudukan buruj-buruj di langit. Ini bermakna, sebagai contohlah, hari ini jika kita pandang ke Timur dan melihat buruj Orion, dan kelihatan juga planet Zuhal berada di atas buruj Orion, beberapa bulan yang akan datang, jika kita pandang ke buruj Orion tersebut, kita akan dapat lihat Zuhal sudah bergerak dan berada di sebelah bawah Orion pula. Sama juga kes dengan Bulan, hari ini bulan sabit berada di barat, dalam masa 7 hari, bulan separuh dah berada tegak atas kepala, 7 hari lagi, bulan penuh dah berada di timur pulak! Itu jelas menunjukkan pergerakan timur relatif kepada bintang-bintang.Perkara ini adalah normal dan berlaku tiap-tiap hari, cuma kita perasan tak perasan je.Berbalik kepada fenomena retrograde, ia sebenar satu ilusi langit, yang mana planet-planet luaran (outer planets) spt Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto, yang apabila ketika normal bergerak arah timur (relatif kepada bintang) tiba-tiba kita nampak seperti ia semakin perlahan dan berhenti, kemudian bergerak ke barat (relatif kepada bintang) buat beberapa ketika, kemudian berhenti kembali, dan bergerak kembali ke arah timur (relatif kepada bintang). Keseluruhan fenomena ini mengambil masa 2,3 bulan.Apakah yang sebenarnya berlaku?Cuba kita ambil kes Bumi dan Marikh. ketika ini Marikh berada jauh di hadapan kita di dalam orbitnya, Bumi sedang mengejar Marikh. Disebabkan Bumi mempunyai orbit ke-dalam dari Marikh, maka lambat laun Bumi akan berjaya memotong Marikh. Ketika ia hendak memotong, Marikh akan kelihatan seperti semakin perlahan, ketika ketika Bumi memotongnya, iaitu masa posisi Iqtisbal, Marikh akan kelihatan seperti tidak bergerak (berhenti), kemudian bila kita dah semakin jauh meninggalkan Marikh di belakang, ia akan bergerak normal kembali ke timur.Tak faham? Cuba tengok animasi di website dibawah:http://www.astro.uiuc.edu/projects/data/Retrograde/http://www.flex.com/~jai/astrology/retrograde.htmlhttp://mars.jpl.nasa.gov/allabout/nightsky/nightsky04.html Oleh itu, jelas isi email yang tersebar luas itu , mempunyai fakta-fakta salah yang dicampuradukkan!ayat "Most scientist state that all the planets will go through the same once at least and our planet Earth is one of them" adalah salah kerana fenomena retograde bagi Marikh berlaku hampir setiap 2 tahun, manakala bagi Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto berlaku setiap tahun! Dan jika kita berada di atas planet Zuhrah, kita akan dapat lihat Bumi pula yang mengalami fenomena yang sama!ayat "Planet Earth will move in the opposite direction some day and the sun will rise from the west" cukup mengelirukan kerana pergerakan planet di atas orbit tidak menghasikan fenomena terbit terbenamnya matahari. Putaran bumi atas paksilah yang menyebabkan ia berlaku demikian.Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, berita perihal matahari terbit di barat hasil fenomena retrograde ini , mempunyai fakta-fakta salah, mengelirukan. Mungkin penulis asal email ini berniat baik untuk mengingatkan kita perihal tanda-tanda besar Kiamat, tetapi jika tujuan asal penulis ini adalah untuk mengelirukan umat Islam, dan menyebarkan berita-berita pelik tanpa asas kepada umat Islam, saya berpendapat penulis tersebut hampir berjaya, berdasarkan berapa ramai orang yang telah menerima dan menyebarkan email tersebut!Semoga penerangan ringkas ini dapat menejaskan segala kebuntuan dan kekeliruan di dalam diri kita. Sebar-sebarkan email ini bagi menangkis segala dakyah palsu yang telah tersebar luas.Segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri, yang Haq dan baik adalah kepunyaan Allah SWT semata-mata.Wallahualamwww.falak-online.net(data